Ketahui 5 Cara Mudah Tarik Idea Menulis Iklan!

Pernah atau tidak?

Satu hari anda duduk depan laptop tak tahu buat apa-apa.

Mesti ada. Betul tak?

Sebab saya pun sama. Jangan risau, itu perkara normal. Jika anda seorang penulis, anda pasti mengalami masalah ini berepisod-episod lamanya.

“Kenapa ini semua boleh berlaku walaupun kita sudah biasa menulis”

Bagi saya,

Menulis adalah rezeki.

Untuk menarik idea menulis sama seperti menarik rezeki.

Hari ini saya kongsikan pengalaman, bagaimana nak jemput idea supaya mengalir dalam minda kita?

Teruskan bacaan…

1. Suci Bersih

Bersih badan = Segar fikiran.

Orang yang jaga kebersihan diri, pasti hati mereka tenang. Dalam setiap perkara, ketenangan adalah kuncinya.

Anda ada sebesar mana pun masalah, jika hadapi dengan tenang, pasti ada jalannya.

Begitu juga menulis. Menulis perlukan ketenangan. Orang yang tenang hatinya, akan diberi idea yang super hebat padanya.

Senang cerita, selepas ini jika mahu menulis kena mandi dahulu.

Secara praktikalnya, kita akan bersihkan badan dan menukar pakaian yang suci.

2. Mohon / Berdoa Dilimpahi Idea Yang Berguna

Kalau satu masa kita buntu. Kembalilah kepada fitrah hidup kita.

Idea adalah makhluk. Setiap makhluk ada penciptanya. Mintalah kepada Allah SWT idea menulis.

Nampak macam kelakar, tapi inilah kuncinya.

Mohon doa kepada Allah SWT selepas solat.

Doa agar diberikan idea dan ilham menggunung. Niatkan dalam hati, “Aku nak kongsi kepada insan lain”.

Penting! Sebab cepat atau lambat sesuatu permohonan itu, bergantung pada niatnya.

Niat baik, Allah SWT pasti kabulkan.

Percayalah!

3. Berpakaian Kemas

Walaupun dalam bilik.

Eh, nak tulis kena pakai kemas-kemas ke? Soalan saya, anda pernah cuba?

Cuba sekali-sekala anda pakai kemas macam nak pergi bandar.

Lagi bagus, jika anda ada baju baru. Saya dapat idea ini daripada audio rakaman motivator ulung tanah air, Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

“Luaran akan mempengaruhi dalaman.”

Cantik di luar, cantik di dalam.

Luaran kita kemas, memberi kesan kepada hati kita.

Kita akan rasa lebih berkeyakinan. Jika baju baru, maka fikiran dan idea juga baru. Maka terhasillah satu penulisan yang baru.

Penulisan yang bertenaga.

4. Tempat Yang Selesa

Jangan pandang remeh soal tempat.

Sebab, saya dah alaminya. Orang yang tulis dalam keadaan tidak selesa, menyebabkan tulisannya serabut.

Walaupun pada zahir nampak tersusun, tapi apabila baca, tulisannya meleret-leret tanpa arah & matlamat.

Ya, ia pernah berlaku pada saya.

Ketika saya menulis sebuah artikel, saya menulis tanpa tujuan. Maka tulisan saya panjang, tapi melencong entah ke mana.

Seruan saya kepada anda, jika nak tulis sesuatu yang bernilai.

Anda mesti tulis dalam keadaan duduk bersila atau di atas kerusi. Manakala laptop diletak atas meja.

Insyallah, anda akan merasai keajaibannya.

5. Sumber Mulia

Ini amalan harian saya.

Saya menulis berdasarkan dua sumber:

  • Sumber lintasan ilham daripada Allah SWT.
  • Sumber bacaan buku, artikel, kajian kes, survey, pengalaman, dsb.

Bila sebut buku, ia bersifat umum.

Menulis benda yang kita minat sungguh menyeronokkan.

Soalan saya, anda minat apa? Mungkin sebahagiannya minat memasak. Mungkin juga bersolek, bidang agama, motivasi dan lainnya.

Maka, apa yang perlu anda lakukan adalah;

  • Catat info-info penting daripada pembacaan anda. Tak sempat catat.
  • Anda pakai smartphone? Anda boleh install aplikasi ‘colornote’ dalam telefon anda.
  • Apabila idea melintas, ambil telefon dan catat.

Balik rumah, buka laptop & kongsi. Alhamdulillah.

Anda sudah tahu 5 cara tarik idea menulis. Jangan lupa amalkan dan kongsikan kepada rakan anda.

Insyaallah, ia akan menjadi saham anda selepas mati.

 

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Mahu belajar lebih lengkap? Dah penat langgar dinding?

Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, anda boleh rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.

Dalam 22 video tersebut, ada diterangkan lebih spesifik:

  • Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
  • Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
  • Cara simple untuk kenal produk
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan prospek percaya
  • Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
  • Dan banyak lagi.

Lengkap dari zero sehingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri.

Ini antara hasil daripada amalkan ilmu ini;

Klik di sini untuk tonton video Copywriting Junior dan mula hasilkan copywriting yang boleh tingkatkan jualan anda hari ini!

Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun.

Kita jumpa dalam artikel lain ya. 🙂