Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Ketika Kegawatan Ekonomi

Perkara yang paling menakutkan kita adalah apabila negara dilanda kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1997-1998.

Impak dari kegawatan ekonomi ini sangat besar terhadap sosio-ekonomi terutama kepada rakyat marhaen. Harga petrol melambung tinggi, harga makanan meningkat, dibuang kerja, pengangguran, inflasi, kadar faedah pinjaman bank meningkat, dan banyak lagi.

 

Indeks Bursa Saham menjunam semasa krisis ekonomi 1998.

 

Indeks Bursa Saham menjunam semasa krisis ekonomi 2008.

 

Kegawatan pasti berlaku kerana ini adalah sebahagian daripada kitaran ekonomi. Menurut teori kitaran ini berlaku setiap 10 tahun. Kita pernah dilanda krisis pada 1997/1998 dan kemudian pada tahun 2008.

Pada suku keempat tahun 2008, kesan daripada krisis ekonomi global pertumbuhan ekonomi Malaysia hanya mencatat 0.1 peratus, berbanding 4.7 peratus pada suku ketiga tahun 2008.

Boleh anda teka bilakah kegawatan seterusnya akan berlaku?

Ya! Mungkin pada tahun 2018. Tahun depan!

Persoalannya, bersediakah kita menghadapi kegawatan ekonomi kali ini? Dah cukup ke simpanan dalam bank?

Jika dah cukup, Alhamdulillah.. Jika belum, habislah..

Teori kitaran ekonomi

 

Kini kita sudah berada di suku terakhir tahun 2017. Pasaran saham menuju ke fasa euphoria dan realitinya kita sedang menuju ke arah kegawatan ekonomi.

Trend menaik Indeks petunjuk BSKL sejak kemelesetan ekonomi pada tahun 2008.

 

Jika anda masih belum membuat sebarang persediaan, simpanan dalam bank pun tiada, strategi ini mungkin berguna untuk anda. Bagaimana anda boleh survive dalam kegawatan ekonomi.

Jika anda bernasib baik, tak mustahil anda juga boleh jadi jutawan dalam kegawatan ekonomi dengan strategi ini.

Bunyi macam scam kan? Baca dulu…

Related image

 

Jika anda tak ada simpanan lagi, mula menyimpan dari sekarang! Simpan sekurang-kurangnya RM2,000.

Kenapa RM2,000?

Saya akan ceritakan di bawah…

Sebelum itu, anda perlu ingat, kita cuma ada masa lebih kurang 3-6 bulan sahaja lagi sebelum kegawatan melanda. Masa dah suntuk kan? Kalau simpan sebulan RM1,000 anda cuma sempat menyimpan RM6,000 sahaja.

Ada 2 persoalan di sini:

  1. Boleh ke anda menyimpan RM1,000 sebulan? Jika boleh, lihat persoalan no. 2.
  2. Cukup ke nak survive dengan hanya RM6,000? Jika jawapan anda CUKUP, tak perlu buang masa membaca artikel ini.

Bagaimana jika jawapan bagi kedua-dua persoalan di atas adalah TIDAK? Teruskan membaca…

Masih ingat RM2,000 tadi? Anda perlu laburkan RM2,000 ini.

Nak laburkan di mana?

Ada banyak skim pelaburan di Malaysia yang anda boleh sertai. Antaranya:

  1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  2. Pelaburan Amanah Saham (Unit Trust)
  3. Pelaburan Tabung Haji
  4. Pelaburan Hartanah
  5. Pelaburan Emas
  6. Pelaburan Takaful

Saya cadangkan anda melabur di Bursa Malaysia dengan membeli saham syarikat-syarikat yang terdapat dalam Bursa Malaysia.

Kenapa melabur dalam Bursa saham? Saya berikan anda 3 sebab utama:

  1. Pulangan yang cepat
  2. Kadar keuntungan besar
  3. Patuh syariah

Pulangan yang cepat

Masih ingat tadi anda cuma ada masa 3-6 bulan sahaja? Pelaburan di Bursa boleh memberikan anda pulangan yang cepat berbanding pelaburan-pelaburan lain di atas.

Kaunter Mtouche

Anda boleh menuai keuntungan dalam masa sebulan. Lihat kaunter Mtouche di atas sebagai contoh.

Harga saham 0.27 sen/unit (20 Jun 2017) naik kepada 0.70 sen/unit (19 Julai 2017). Kenaikan sebanyak 159% dalam masa sebulan.

Jika anda membeli 7,500 unit saham ini pada harga 0.27 sen dengan modal RM2,025, dan menjualnya semula pada harga 0.70 sen, anda dapat pulangan RM5,250 dengan keuntungan sebanyak RM3,225 dalam masa sebulan!

Cepat kan?

 

Kadar keuntungan besar

Sebutkan pelaburan apa yang boleh menjana pulangan lebih 100% dalam masa yang singkat. Lihat carta di bawah.

Kaunter Huaan

Baru-baru ini kaunter Huaan membuat kejutan dengan meroket tanpa belas kasihan.

Harga saham kaunter ini adalah 0.04 sen/unit (29 Sep 2017) dan melonjak ke paras baru 0.26 sen (11 Sep 2017). Kenaikan sebanyak 550%.

Jika anda membeli 50,000 unit saham kaunter ini pada harga 0.04 sen dengan modal RM2,000 dan menjualnya semula pada harga 0.26 sen, anda telah menjana keuntungan sebanyak RM11,000 dalam masa cuma 12 hari je!

Lumayan kan?

 

Patuh Syariah

Anda tidak perlu risau dengan pelaburan anda lagi. Ke mana wang anda dilaburkan, anda boleh mengawalnya.

Di Bursa Malaysia, terdapat 676 kaunter patuh syariah (78%) yang anda boleh pilih daripada 901 kaunter kesemuanya. (Dikemaskini pada 22 Mei 2017)

Kaunter-kaunter ini dipantau dan diaudit 2 kali setahun oleh Panel Syariah Suruhanjaya Sekuriti yang dianggotai oleh 3 orang ahli panel berpengalaman.

InsyaAllah pelaburan anda selamat.

Related image

 

STRATEGI JUTAWAN GAWAT

Baiklah, bagaimana strategi untuk menjadi jutawan dan mengambil peluang atas kegawatan ekonomi yang bakal melanda?

Saya andaikan anda sudah ada modal RM2,000 tadi.

Langkah 1: Capai ROI 500%

Pertama sekali anda laburkan wang anda ke dalam Bursa Malaysia. Target pertama anda RM10,000 (ROI 500%). Beranakkan wang anda daripada RM2,000 hingga RM10,000.

* ROI = Return on investment (Pulangan atas pelaburan)

Mustahil? Tak mustahil.. dah tengok contoh kaunter Huaan tadi kan.. Ada banyak lagi kaunter yang anda boleh dapat ROI 500% ke atas.

Kenapa ini berlaku? Kerana pasaran saham Malaysia menuju fasa Euphoria. Dalam fasa ini harga saham akan naik mencanak-canak. Inilah peluang untuk anda jana keuntungan berganda.

Bahasa mudahnya buat duit.

Mungkin anda tak dapat 500% dengan 1 pusingan pelaburan, anda perlu buat berkali-kali pusingan modal untuk mendapatkan target ROI anda. Beli dan jual kaunter yang berbeza-beza.

 

Langkah 2: Capai ROI 1,000%

Apabila anda sudah mula melabur dan sudah mencapai target ROI pertama anda, keyakinan dan kemahiran anda semakin meningkat. Tingkatkan target ROI anda kepada 1,000% untuk dapatkan RM100,000 pula.

Ingat, pasaran aham Malaysia menuju fasa Euphoria. ROI 1,000% juga tidak mustahil untuk dicapai.

Anda ada tempoh 6 bulan untuk capai target ini sebelum market crash.

 

Langkah 3: Jual Saham

Ketika pasaran saham berada di puncak euphoria, jual kesemua pegangan saham anda. Bawa keluar wang RM100,000 anda siap-siap sebelum market crash!

Jika tidak, anda mungkin akan terjun bersama-sama harga saham ke gaung ketika market crash berlaku.

Market crash pada tahun 1997-1998

 

Langkah 4: Beli & Simpan Emas

Ketika harga saham jatuh merudum, anda telah bawa keluar wang pelaburan anda siap-siap tadi. Alhamdulillah, bersyukurlah…

Anda nak beli saham lagi ketika market crash? Eh, jangan buat kerja gila lah.

Beli emas! Waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk anda menyimpan emas. Sebelum market crash, beli emas sebab harga emas dijangka akan naik apabila harga saham jatuh.

Jadi, sebelum market crash keluarkan wang dari Bursa saham RM100,000 tadi dan labur pada emas pula. Ada banyak cara melabur emas tapi saya lebih suka beli emas fizikal.

Harga emas naik selepas kegawatan ekonomi pada tahun 2008.

 

Market crash selalunya berakhir dalam masa setahun. Jadi dalam tempoh bertenang ini, melaburlah dengan emas.

Jika mengikut kiraan mudah harga emas semasa, dengan modal RM100,000 anda dapat membeli 518 gram emas.

Target ROI daripada pelaburan emas ini adalah 50%.

518 gram = RM99,974 ; ROI 50% = RM149,961

Anggaplah anda dapat RM150,000 untuk mudah kira.

 

Langkah 5: Jual Emas & Beli Saham

Apabila pasaran saham sudah hampir pulih, jual semua emas anda untuk dijadikan modal beli semula saham-saham pada harga terendah.

Harga saham Tenaga Nasional jatuh daripada RM13.20 kepada RM1.30 semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

 

Jika anda membeli saham Tenaga Nasional pada tahun 1998 pada harga RM1.30, sekarang anda mungkin bergelar jutawan. Hari ini saham Tenaga Nasional berharga RM14.50 seunit.

Ini yang anda akan lakukan, beli saham pada harga terendah selepas market crash.

Target ROI anda adalah 1000%.

Daripada RM150,000 yang anda laburkan tadi, anda akan dapat pulangan RM1,500,000 je.

RM1.5 juta!

Nak buat apa pulak dengan duit 1.5 juta ni?

Eh, suka hati kau lah nak buat apa. Duit kau.

(Ok, sebenarnya ada lagi strategi pelaburan lumayan dengan duit 1.5 juta ni.. saje tak nak kongsi dulu..)

Strategi yang saya kongsikan di atas bukanlah scam, skim cepat kaya atau MLM. Pelaburan saham adalah selamat, sah disisi undang-undang dan patuh syariah.

Tiada yang mustahil dengan ilmu. Bertindak cepat sebelum terlambat. Peluang ini mungkin datang hanya sekali dalam 10 tahun.

Jika anda mempunyai syarikat Sendirian Berhad, anda ada massive advantage dengan menggunakan strategi ini.

Saya akan kongsikan strategi bagaimana anda boleh bersara awal (Retire young, Retire rich) dengan melipat-gandakan keuntungan & portfolio anda menggunakan syarikat Sendirian Berhad.

 

Selamat mencuba! Semoga berjaya!